Sunday, February 27, 2011

MASALAH

ANTARA MASALAH-MASALAH YANG BERLAKU DI MASJID BAYAN BARU:

Hasil pertanyaan terhadap para jemaah:

·         Pihak masjid bertindak mengunci bukan setakat pintu masjid, sebaliknya pintu pagar dikunci sama. Bagaimanakah agaknya apabila seseorang musafir yang ketiadaan bekalan dan duit mahu tunpang berteduh dan berehat? Tentunya akan dianggap seperti pencuri sekiranya terpaksa memanjat pagar semata-mata untuk tidur di kaki lima masjid. 

Antara alasan yang paling popular apabila ditanya kenapa pintu masjid dikunci adalah untuk mengelakkan kecurian.

·         Pihak masjid yang hanya membuka pintu pagar di bahagian depannya sahaja, sedangkan masjid tersebut mempunyai 3-4 pintu di sekelilingnya.

·         Pihak masjid mahukan sesiapa yang datang ke masjid apabila mahu memasuki bilik air dan tandas supaya jangan memakai alas kaki atau selipar.
Pemakaian alas kaki jelas sunnah nabi SAW yang sememangnya disuruh. Hanya dengan beralasankan menjaga kebersihan, maka pemakaian selipar terus tidak dibenarkan untuk ke tandas masjid. Mungkin mereka merasakan larangan nabi SAW tersebut supaya jangan memasuki tandas tanpa alas kerana tandas ketika itu kotor dan dikhuatiri terkena najis di kaki dan tagahan ini tidak meliputi kepada tandas yang sudah bersih.
Akan tetapi terdapat juga sesetengah masjid yang menyediakan alas kaki khusus bagi mereka yang mahu ke tandas masjid. Ini adalah suatu perkara yang sangat dialu-alukan oleh jamaah. Kadang-kadang mereka menyediakan terompah, dan kadang-kadang selipar. Keadaan ini sebenarnya adalah menepati kehendak sunnah Nabi SAW yang menyuruh supaya memakai alas kaki apabila mahu ke tandas, sama ada tandas tersebut pada mata kasarnya kelihatan bersih ataupun kotor.

No comments:

Post a Comment