Sunday, February 27, 2011

SEJARAH PENUBUHAN



Masjid Bayan Baru ini merupakan masjid utama di Bandar Bayan Baru. Masjid ini telah dibina pada tahun 1980an dan telah dibeberi gelaran sebagai ‘Masjid Umar Ibn Al-Khattab’yang merupakan khalifah kedua dalam kalangan Khulafa Ar-Rasyidin. Gelaran ini telah diberi oleh Pirouz Nahavandi yang merupakan seorang tentera di mana pada ketika itu Saidina Umar Ibn Al-Khattab sedang menunaikan solat di dalam masjid tersebut. Pada waktu itu juga, beliau juga telah menjadi imam kepada para jemaah yang lain. Ketika ini, masjid ini lebih mudah dikenali sebagai Masjid Bayan Baru. Masjid Bayan Baru ini hanya terletak berseberangan jalan daripada Pasar Bayan Baru dan Pusat Jualan Bayan Baru.  

Alamat masjid ini ialah:
Masjid Bayan Baru
Jalan Mayang Pasir,
11950 Bayan Lepas,Pulau Pinang



FUNGSI MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W
.
            Setelah Rasulullah (s.a.w.) berhijrah ke Kota Madinah, baginda telah membina masjid Quba’,yang menjadi masjid pertama pada zaman awal perkembangan agama Islam. Jika diperhatikan walaupun hanya beberapa hari Rasulullah (s.a.w.) berada di Quba’, dalam perjalanan baginda ke Madinah, baginda telah berusaha membina masjid.


            Sekiranya masjid itu dibina hanya semata-mata untuk dijadikan tempat sembahyang maka sudah tentu ia tidak memerlukan pembinaan yang segera, tetapi oleh kerana Rasulullah (s.a.w.) melihat masjid memberikan pengertian yang lebih besar maka Rasulullah (s.a.w.) memberi keutamaan kepadanya.

            Masjid adalah lambang syiar Islam dan kedaulatannya, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Pembinaannya menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dan agung bagi umat Islam dan sebagai pusat perkembangan agama mereka.


            Kita lihat setelah baginda Rasulullah (s.a.w.) tiba di Madinah, baginda telah mengambil beberapa langkah yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk Islam di Madinah. Antara langkah-langkah segera yang diambil oleh Rasulullah (s.a.w.) ialah mendirikan masjid (yang terkenal dengan nama “Masjid Nabawi”) dan bermula dari sinilah terpancarnya cahaya Islam, pancaran ilmu, keharmonian ihsan dan ketinggian akhlak umat Islam di seluruh pelosok dunia.

            Di samping itu baginda telah menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan, markas tentera dan pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.

            Kita boleh menyatakan bahawa fungsi masjid ketika itu amat besar dan ketara sekali. Ia melambangkan paduan dalam urusan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) melalui peranan dan fungsi masjid ini.








MASJID-MASJID UTAMA DALAM ISLAM

Masjidil- Haram

Masjid an-Nabawi

Masjidil-Aqsa
·         Masjid  pertama  didirikan di dunia dan adalah  tempat suci pertama dalam Islam

·         Terletak di Mekah     al-Mukarramah

·         Didirikan  oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail

·         Dikenali juga sebagai Baitullah al-Haram

·         Kelebihan solat di masjid ini seratus ribu kali ganda dari  tempat lain

·         Tempat suci kedua dalam Islam

·         Terletak di Madinah   al-Munnawarah  

·          Didirikan oleh Rasulullah s.a.w. dan penganut  Islam setelah berhijrah ke Madinah pada tahun pertama hijrah

·         Kelebihan solat di masjid ini seribu kali ganda dari tempat lain
   



·         Masjid kedua didirikan  dan merupakan tempat suci kedua dalam Islam

·         Terletak di Jurusalam, .Palastin

·         Didirikan oleh Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman

·         Dikenali juga sebagai Baitul Maqdis

·         Kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan  menukar kiblat ke arah Masjidil – Haram

·         Tempat Rasulullah singgah sebelum naik ke langit dlm peristiwa Isra' Mikraj

No comments:

Post a Comment