Sunday, February 27, 2011

PENUTUP



Sesungguhnya banyak lagi kaedah dan program boleh dilaksanakan oleh ahli Jawatankuasa Masjid untuk menyuburkan jiwa remaja ke arah budaya masjid. Di dalam pada itu, para imam, bilal, siak serta seluruh ahli Jawatankuasa Masjid wajar mempertingkatkan ilmu, bukan ilmu agama sahaja malah ilmu pengurusan, kewangan dan pentadbiran. Mereka juga perlu mencari masa untuk berdampingan bergaul dengan para remaja dari masa ke semasa.
 

            Pihak berkuasa hendaklah sediakan peluang-peluang latihan untuk mempertingkatkan kemahiran dan ilmu para Ahli Jawatankuasa Masjid. Tidak ketinggalan ahli masyarakat terus memberi kerjasama dan menghargai usaha-usaha murni yang dilakukan oleh pihak masjid. Para ibubapa pula janganlah putus asa mendorong anak-anak menyokong kaedah-kaedah atau program-program yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh pihak masjid.
 

            Kesemua hal yang telah diterangkan adalah untuk membina usaha ke arah membentuk para remaja tertarik jiwa raga memakmurkan masjid. Juga memasjidkan kehidupan remaja keseluruhannya agar terbina sebuah masyarakat dan negara yang kukuh dan padu. Apa yang penting, semua program-program yang dirancang mesti melibatkan para remaja secara langsung.


No comments:

Post a Comment